Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kalian kepada Allah, dengan Taubat Nasuha,mudah-mudahan Tuhan kamu mengampunkan kamu,dan menggantikan dengan amalan yang memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir sungai di bawahnya ...."(Surah at-Tahrim, ayat 8).
Fahamilah,bahawa kita dituntut untuk bertaubat.Orang mukmin, siapa pun mereka, diperintahkan oleh Allah untuk bertaubat. Tiada yang terlepas dari suruhan bertaubat. Selagi namanya Mukmin,kita perlu bertaubat, terutama apabila melakukan kesalahan dan kesilapan, dosa dan kemungkaran. Bahkan, kita tetap perlu bertaubat, meskipun rasa tidak bersalah, atau merasakan tidak melakukan kesalahan dan dosa (sedangkan merasa tidak bersalah itu pun satu bentuk ‘kesalahan dan keaiban’ buat mukmin). Kerana Taubat itu perintah Allah. Kerana kita pastinya tidak sunyi dari noda dan dosa.Oleh itu sedarlah bahawa "ANAK KUNCI UNTUK MENUJU ALLAH IALAH TAUBAT"
Wallahualam........
No comments:
Post a Comment