Wednesday, 23 May 2018

Kelebihan orang yang BERILMU


Perlulah diingati bahawa rupa paras tidak akan menjamin kepada kesenangan yang selamanya. Ini kerana antara keindahan sesorang adalah kerana Ilmunya bukan hanya kerana paras rupanya. Ilmu adalah sangat penting bagi seorang muslim mahupun muslimat dalam meneruskan kehidupan seharian supaya sentiasa berada pada landasan yang benar dan berlandaskan syariat Islam.

Antara kelebihan orang-orang yang berilmu adalah;
1) Amalnya diterima oleh Allah SWT. Orang jahil yang beramal tidak diterima amalannya, kerana ilmu itu imam bagi amal dan amal mengikut ilmu.
2) Menjadi kekasih Allah. Orang yang menuntut ilmu akan sentiasa dekat dengan Allah dalam kehidupan seharian mereka.
3) Menjadi pewaris nabi-nabi. Orang yang berilmu akan menyampaikan pula ilmu yang ada kepada orang lain dan menjadi pewaris kepada para nabi.
4) Menjadi hamba Allah yang bertakwa. Dengan ilmu yang ada akan menyedarkan sesorang itu yang betapa kerdilnya mereka jika nak dibandingkan dengan kuasa Allah itu. Seterusnya akan meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah.
5)Menghampiri darjat nabi-nabi kerana nabi-nabi adalah orang-orang yang berilmu. Orang yang berilmu juga akan tinggi darjat kedudukannya malah mungkin dapat menghampiri darjat para nabi-nabi oleh sebab tingginya ilmu dalam diri.
6) Sentiasa sihat tubuh badan. Orang yang memiliki ilmu yang tinggi akan sentiasa disihatkan tubuh badan oleh Allah.
7) Dimudahkan rezekinya oleh Allah (mendapat rezeki dengan tidak perlu bekerja, dan mendapat rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka-sangka).Ini kerana Allah membuka dan memudahkan pintu rezeki bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya.
8.) Dipanjangkan umur oleh Allah. Allah akan memanjangkan umur orang memiliki ilmu supaya ilmu dapat terus disampaikan kepada orang lain.
9) Mendapat 500 darjat. Allah memberi darjat yang tinggi kepada hambanya yang menuntut ilmu sebanyak 500 darjat.
10) Diberi izin oleh Allah untuk memberi syafaat pada Hari Qiamat. Pada hari kiamat nanti orang yang berilmu akan diberi syafaat oleh Allah di atas ilmu yang dimiliki.
        Tuntasnya, kehidupan orang-orang yang berilmu akan sentiasa diberkati hidupnya di dunia dan akhirat. Anda pelajarilah segala ilmu-ilmu yang ada didunia ini asalkan ia tidak menyesatkan dan menjauhkan seorang hamba itu dengan Allah. Ilmu Allah itu terlalu banyak. Jika air lautan dijadikan dakwat untuk menulis segala ilmu Allah nescaya akan keringlah lautan di bumi ini.
wallahualam...

Tuesday, 22 May 2018

Bekal untuk Menghadapi Kematian



Islam sangat mengajar kita untuk membuat bekal bagi menghadapi Kematian .Bekal yang perlu dipersiapkan bukanlah kekayaan, kekuatan fizikal,pangkat,kedudukan dan hal-hal keduniaan yang lainnya . Akan tetapi yang perlu dipersiapkan ialah kejernihan hati, kekuatan iman, ketaqwaan dan amal yang soleh.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 :

"Berbekallah! dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-KU ,wahai orang yang berakal ".


Berikut adalah antara bekal yang dapat membawa dirinya ke Syurga :

1) Sentiasa berzikir kepada Allah
2) Meredhai Allah,Islam dan Rasulullah
3) Menuntut ilmu Syari'e
4) Menahan marah
5) Membaca Ayat Kursi
6) Mengalih benda yang boleh menghalang laluan
7) Berwuduk lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat
8) Pergi ke masjid untuk menunaikan solat

Wallahuallam...

"Ketaqwaan" tinggi nilainya disisi Allah



Hanya taqwa sahajalah yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya. Ingatlah,sesungguhnya Allah pandang dan nilai pada manusia pada  tahap iman, taqwa, amal, ikhlas dan sabar seseorang. Justeru itu tak perlulah untuk kita cari nilaian dari manusia, berebut dan sentiasa sibuk berlumba meraihnya. Tak perlu rasa ada beza bila melihat yang kaya, cantik, punya pangkat, gelaran, kelebihan. Sebab hakikatnya kita semua sama sahaja disisi Allah, hanya iman, taqwa, amal yang beza sebenarnya. Dan itulah yang mampu menjamin kebahagian di akhirat nanti. Dan ingatlah segalanya adalah ujian yang Allah aturkan. Dan ingatlah juga pada hari yang dibangkitkan kelak, nilaian-nilaian itu tiada lagi faedahnya. Beruntunglah orang yang memahami dan sentiasa mengingati hakikat ini. Firman Allah swt dan Sabda Nabi saw:


Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.
 (Al-Hujuraat 13)



Rahsia Kejayaan yang Cemerlang




Kenapa pilih untuk menjadi pelajar yang biasa-biasa, walhal kita boleh menjadi pelajar yang luar biasa . Ayuh CABARLAH DIRI SENDIRI  untuk menjadi pelajar yang CEMERLANG .

Sebagai umat islam.kita dituntut untuk sentiasa berusah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan di muka bumi ini termasuklah dalam menuntut ilmu.Ingatlah bukan hanya sekadar berdoa dan duduk sahaja jika kita hendak mencapai sesuatu perkara. Hal yang demikian,merupakan perkara yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita.

Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 :

             

Maksudnya :"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.." 


Oleh itu,Antara rahsia untuk mencapai kejayaan yang cemerlang juga ialah :

1- Banyakkan berusaha
2-Belajar secara berstrategik
3-Sering bertanya kepada guru jika tidak paham ataupun mempunyai masalah
4- Sentiasa berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah
5-Berikan tumpuan ketika guru sedang mengajar
6-Jaga amanah kita pada Allah

Wallahuallam.....





Friday, 13 April 2018

Mujahadah dalam mendekatkan diri kepada Allah


Melakukan perkara-perkara fardu dan ditambahi dengan melakukan perkara-perkara sunat juga merupakan antara mujahadah dalam mendekatkan diri kita kepada Allah.Antara perkara fardu yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang muslim adalah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.Sebagai contoh, dengan melakukan segala rukun islam seperti mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu,menunaikan zakat,berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.Di samping itu,melaksanakan juga segala rukun iman seperti beriman kepada Allah,beriman kepada malaikat,beriman kepada kitab,beriman kepada rasul,beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qado dan qadar juga adalah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah
 Hal tersebut sesuai dengan sabda Rasulullah: “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku saat sendirian, Aku akan menginganya dalam diri-Ku. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Jelaslah,disini, jika kita sentiasa berusaha untuk mengingati dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan laranganNYA,maka Allah juga akan sentiasa ada dengan kita. 

Selain itu, dengan memperbanyak ibadah sunat setelah mengerjakan ibadah fardu juga adalah mujahadah dalam mendekatkan diri kepada Allah.Contoh ibadah sunat tersebut seperti solat rawatib, solat malam, puasa pada setiap Isnin dan Khamis, bersedekah dengan niat mengharap redha Allah Swt. dan meniatkan segala yang diusahakan adalah tujuannya  semata-mata untuk beribadah kepada Allah adalah mujahadah yang Allah sentiasa pandang dan seterusnya menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan disayangainya.
Wallahualam...

Taubat Sebelum Terlambat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kalian kepada Allah, dengan Taubat Nasuha,mudah-mudahan Tuhan kamu mengampunkan kamu,dan menggantikan dengan amalan yang memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir sungai di bawahnya ...."(Surah at-Tahrim, ayat 8).

Fahamilah,bahawa kita dituntut untuk bertaubat.Orang mukmin, siapa pun mereka, diperintahkan oleh Allah untuk bertaubat. Tiada yang terlepas dari suruhan bertaubat. Selagi namanya Mukmin,kita perlu bertaubat, terutama apabila melakukan kesalahan dan kesilapan, dosa dan kemungkaran. Bahkan, kita tetap perlu bertaubat, meskipun rasa tidak bersalah, atau merasakan tidak melakukan kesalahan dan dosa (sedangkan merasa tidak bersalah itu pun satu bentuk ‘kesalahan dan keaiban’ buat mukmin). Kerana Taubat itu perintah Allah. Kerana kita pastinya tidak sunyi dari noda dan dosa.Oleh itu sedarlah bahawa "ANAK KUNCI UNTUK MENUJU ALLAH IALAH TAUBAT"

Wallahualam........


Monday, 26 March 2018

Mati itu Pasti


Allah SWT berfirman :
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" [Ali Imram :125]

Sesungguhnya kematian itu pasti berlaku.Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan merasai mati kerana mati itu pasti,yang membezakannya hanyalah waktu,cara dan tempat.Ini kerana, itu semuanya rahsia Allah.Namun manusia ini mati tiada berturutan.Ada kalanya yang usianya masih muda bahkan masih bayi meninggal dunia terlebih dahulu daripada yang sudah tua. Ada kalanya yang sihat tiba-tiba meninggal dunia, malahan ada juga yang sakit tetapi masih dipanjangkan usia.
Oleh itu,ingatlah wahai saudara seislamku sekalian, 
SENTIASALAH MENGINGATI MATI KERANA MATI ITU PASTI"
Wallahualam......