Hanya taqwa sahajalah yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya. Ingatlah,sesungguhnya Allah pandang dan nilai pada manusia pada tahap iman, taqwa, amal, ikhlas dan sabar seseorang. Justeru itu tak perlulah untuk kita cari nilaian dari manusia, berebut dan sentiasa sibuk berlumba meraihnya. Tak perlu rasa ada beza bila melihat yang kaya, cantik, punya pangkat, gelaran, kelebihan. Sebab hakikatnya kita semua sama sahaja disisi Allah, hanya iman, taqwa, amal yang beza sebenarnya. Dan itulah yang mampu menjamin kebahagian di akhirat nanti. Dan ingatlah segalanya adalah ujian yang Allah aturkan. Dan ingatlah juga pada hari yang dibangkitkan kelak, nilaian-nilaian itu tiada lagi faedahnya. Beruntunglah orang yang memahami dan sentiasa mengingati hakikat ini. Firman Allah swt dan Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.
(Al-Hujuraat 13)
No comments:
Post a Comment